Friday 21 October 2011

::BAYANGANNYA ::

Aku semakin sedar..
Kerana di suatu saat..
Aku sentiasa terpandangkan suatu bayang..
Bayang seorang lelaki yang selama ini ku damdakan jauh di lubuk hatiku..
Lelaki yang meletakkan agama itu di atas..
Membatasi segala-galanya...
Lelaki yang caranya tiada tersasul dari kata yang sia-sia...
Dan lelaki itu..
Sukar untukku bayangkan dengan kata2..

Aku mencarinya..
Lelaki yang sangat cintakan Penciptaku..
Lelaki yang terlalu sayang dan patuh kepada Raja dan Permaisurinya..
Aku ingin jadikannya tempat bergantung hidup..
Aku ingin jadikannya tempat berkongsi kasih..
Dialah lelaki yang telah ditentukan oleh Penciptaku..
Dialah lelaki yang menjadi harapan Raja dan Permaisuriku..
Untuk membimbingku ke Syurga Penciptaku..

Friday 3 June 2011

Kini Aku Sedar Akan Hakikat Itu

aku pernah mengangankan dirimu.. 
aku pernah mengahankan kau jadi milikku.. 
dulu, kini dan selamanya...
tapi kini aku harus menghentikan angan-angan itu kerana ianya hanya untuk semantara.. 
senyuman, pandangan redup mata, gelak tawa itu, 
segalanya membuatkan aku terleka sehingga bertahun lamanya..
namun, biar apa yang terkandung di dalam hati ini, aku tahu kau bukan untukku.. 
tiada lagi angan-angan untukku.. 
segala-galanya harus ku buang jauh di dasar lautan..
biarpun harapan itu pernah setinggi langit, namun aku tetap tunduk di hamparan bumi ini.. 
aku tidak mahu kecewa.. 
jauh sekali untuk terluka.. 
kerana aku sedar, sekiranya hati kita tetap bersatu, lukanya teramat perit..